AL-ZAHRAWI/
ABULCASIS (936-1013M)
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf
Ibn al-Abbas al Zahrawi. Beliau dikenali juga dengan Abul Casis dalam penulisan
Barat dan dianngap sebagai bapa Bedah Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M
di Zahra,Cordova, ibu negeri Sepanyol.
Penglibatan beliau dalam bidang perubatan
lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum
mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak
mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa
PembedahanModen”. Selain daripada bidang pembedahan,beliau juga pakar dalam
bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang
ini.
Sumbangan
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,
Al- Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenal pasti bahagian
dalaman badan seperti telinga dan
saluran air kencing. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit
keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.
Al-Zahrawi juga menyumbang kepada
penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga
menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia
dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
Sebagai seorang pengamal perubatan,
al-Zahrawi mengkaji penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan
penyakit (profilakasis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan
tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara
terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan
yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos,teknik dan alat penyedian ubat.
Al-Zahrawi juaga pakar dalam bidang
pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam bukunya
membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi
lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenal pasti
langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.
IBN
HAITHAM (965-140M)
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad
Hasan Ibn Al-Haitham. Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen. Ibn Haitham
dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden.
Sumbangan
Ibn Haitham menghabiskan banyak masa dengan
teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, baying-bayang, gerhana
matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya. Beliau telah menjadi
seorang yang amat mahir dalam bidang sains,falak,matematik,geometri perubatan
dan falsafah.
Di dalam bidang fizik, beliau telah
mengkaji tentang gerakan yang tekah membawa beliau menemui prinsip inersia dan
static. Beliau juga telah mengasas dan menjadikan optic satu bidang sains yang
baru.
Ibn Haitham juga mengkaji tentang cermin
sfera dan cermin parabola dan mendapati bahawa dalam cermin parabola dan
mendapati bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya tertumpu pada satu titik.
Beliau menggunakan mesin larik untuk membuat cermin, kanta cembung dan kata
cekung untuk penyelidikan.
Ibn Haitham menggunakan segi empat halaju
pada permukaan biasa. Selain itu beliau menyatakan terdapat kesan atmosfera
dalam membiaskan cahay dari cakerawala. Beliau juga mengkaji tentang fisiologi
dan penyakit mata,beliau merumuskan bahawa mata bertindak sebagai kanta.
Penulisan
Ibn Haitham menghasilkan kitab “al-Manazir
yang mengemukan konseo momentum dan istikah ‘Quwwat Al Harakah’ dalam
membincangkan momentum.
Pengenalan
Tokoh ini hidup sezaman dengan Ibn Haitham.
Nama asalnya ialah Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Bruni. Beliau dilahirkan
pada tahun 362 H (973M) di Birun, ibu Negara Khawarizm atau lebih dikenali
sebagai Turkistan.
·
Abu Raihan Al-Biruni
(juga,Biruni, Al Biruni) (15 September 973 – 12 Disember 1048) meupakan Ahli
sarjana, penulis ensiklopedia, Ahli Falsafah, pengembara, sejarawan, ahli
farmasi dan guru, yang banyak menyumbang kepada bidang matematik,falsafah dan
perubatan.
·
Abu Raihan Al-Biruni dilahirkan
di Khawarazm di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam kekuasaan Persia.
Dia belajar matematik, dan pengkajian bintang dari Abu Nashr Mansur.
·
Abu Raihan Al-Biruni meruoakan
kawan kepada Ahli Falsafah dan ahli Perubatan Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah
Ibn Sina/Ibnu Sina, sejarawan, ahli dan pusat sains yang didirikan oleh putera
Abu Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni. Dia juga
mengetahui bahasa Yunani,bahasa Suriah, dan bahasa Berber. Dia menulis bukunya
dalam bahsa Persia ( bahasa ibunya) dan bahasa Arab.
Sumbangan
Ketika hidupnya al-Biruni banyak
membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik
manafaatnya dapat kita kecapi hari ini. Selain menjadi ahli fizik, beliau juga
ahli astronomi yang agung dan ahli matematik yang pintar. Di dalam mekanik
bendalir, beliau membincangkan tentang tekanan, keseimbangan bendalir dan
penesaran ke atas air pada mata air.
·
Ketika berusia 17 tahun, dia
meneliti garis lintang bagi Kath, Khawarazm, dengan menggunakan alititude
maksima matahari
·
Ketila berusia 22, dia menulis
beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian proyeksi peta,”Kartografi”,yang termasuk
metodologi untuk membuat proyeksi belahan bumi pada bidang datar.
·
Ketika dia berusia 27, dia
telah menulis buku berjudul “Kronologi” yang merujuk kepada hasil kerja lain
yang dihasilkan beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku tentang
astrolabe,sebuah pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.
·
Beliau membuat penelitian
radius Bumi kepada 6.339,6 kilometer (hasil ini diulan di Barat pada ke 16)
·
Sumbangannya kepada matematik termasuk
:
I.
Artimatik,teori dan praktikal
II.
Teori perbezaan
III.
Definisi aljabar
IV.
Geometri
V.
Teori Archimedes
VI.
Sudut segitiga
Buku beliau Qanun Al Mas’udi merupakan teks
astronomi yang paling menyeluruh pada zamannya dan digunakan untuk beberapa
abad selepasnye.
·
Hasil kerja lain:
-
Kajian kritis tentang bahasa
orang India apakah menerima dengan alasan atau menolak (sebuah ringkasan
tentang agama dan filosofi India)
-
Hasil tinggalan dari Abad
Lampau (kajian kompratif tentang calendar dari berbagai budaya dan peradaban
yang berbeza, dihubungkan dengan maklumat matematik,astronomi,dan sejarah.
-
Peraturan Mas’udi (sebuah buku
tentang Astronomi, Geografi dan Keahlian Teknik. Buku ini diberi nama Mas’ud,
sebagai dedikasinya kepada Mas’ud putra Mahmud dari Ghazni.
-
Pengertian Astrologi
(pertanyaan dan jawaban model buku tentang matematik dan astronomi,dalam bahasa
Arab dan bahasa Persia
-
Farmasi (tentang ubat dan ilmu
kedoktoran)
-
Permata ( tentang geologi,
mineral dan permata dipersembahkan untuk Mawdud putra Mas’ud.