Wednesday, 23 July 2014

Tokoh Dan Kepakaran

AL-ZAHRAWI/ ABULCASIS (936-1013M)

Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al Zahrawi. Beliau dikenali juga dengan Abul Casis dalam penulisan Barat dan dianngap sebagai bapa Bedah Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra,Cordova, ibu negeri Sepanyol.
Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa PembedahanModen”. Selain daripada bidang pembedahan,beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini.

Sumbangan
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al- Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenal pasti bahagian dalaman badan seperti  telinga dan saluran air kencing. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.
Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilakasis), meningkatkan kesihatan dan  mengurangkan kesakitan.


Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos,teknik dan alat penyedian ubat.
Al-Zahrawi juaga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam bukunya membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

IBN HAITHAM (965-140M)


Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham. Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen. Ibn Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden.
Sumbangan
Ibn Haitham menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, baying-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya. Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,falak,matematik,geometri perubatan dan falsafah.
Di dalam bidang fizik, beliau telah mengkaji tentang gerakan yang tekah membawa beliau menemui prinsip inersia dan static. Beliau juga telah mengasas dan menjadikan optic satu bidang sains yang baru.
Ibn Haitham juga mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabola dan mendapati bahawa dalam cermin parabola dan mendapati bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya tertumpu pada satu titik. Beliau menggunakan mesin larik untuk membuat cermin, kanta cembung dan kata cekung untuk penyelidikan.
Ibn Haitham menggunakan segi empat halaju pada permukaan biasa. Selain itu beliau menyatakan terdapat kesan atmosfera dalam membiaskan cahay dari cakerawala. Beliau juga mengkaji tentang fisiologi dan penyakit mata,beliau merumuskan bahawa mata bertindak sebagai kanta.

Penulisan
Ibn Haitham menghasilkan kitab “al-Manazir yang mengemukan konseo momentum dan istikah ‘Quwwat Al Harakah’ dalam membincangkan momentum.


AL-BIRUNI (973-1048M)




Pengenalan
Tokoh ini hidup sezaman dengan Ibn Haitham. Nama asalnya ialah Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Bruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973M) di Birun, ibu Negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan.
·         Abu Raihan Al-Biruni (juga,Biruni, Al Biruni) (15 September 973 – 12 Disember 1048) meupakan Ahli sarjana, penulis ensiklopedia, Ahli Falsafah, pengembara, sejarawan, ahli farmasi dan guru, yang banyak menyumbang kepada bidang matematik,falsafah dan perubatan.
·         Abu Raihan Al-Biruni dilahirkan di Khawarazm di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam kekuasaan Persia. Dia belajar matematik, dan pengkajian bintang dari Abu Nashr Mansur.
·         Abu Raihan Al-Biruni meruoakan kawan kepada Ahli Falsafah dan ahli Perubatan Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/Ibnu Sina, sejarawan, ahli dan pusat sains yang didirikan oleh putera Abu Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni. Dia juga mengetahui bahasa Yunani,bahasa Suriah, dan bahasa Berber. Dia menulis bukunya dalam bahsa Persia ( bahasa ibunya) dan bahasa Arab.


Sumbangan
Ketika hidupnya al-Biruni banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik manafaatnya dapat kita kecapi hari ini. Selain menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi yang agung dan ahli matematik yang pintar. Di dalam mekanik bendalir, beliau membincangkan tentang tekanan, keseimbangan bendalir dan penesaran ke atas air pada mata air.

·         Ketika berusia 17 tahun, dia meneliti garis lintang bagi Kath, Khawarazm, dengan menggunakan alititude maksima matahari
·         Ketila berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian proyeksi peta,”Kartografi”,yang termasuk metodologi untuk membuat proyeksi belahan bumi pada bidang datar.
·         Ketika dia berusia 27, dia telah menulis buku berjudul “Kronologi” yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku tentang astrolabe,sebuah pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.
·         Beliau membuat penelitian radius Bumi kepada 6.339,6 kilometer (hasil ini diulan di Barat pada ke 16)
·         Sumbangannya kepada matematik termasuk :
                                            I.            Artimatik,teori dan praktikal
                                          II.            Teori perbezaan
                                        III.            Definisi aljabar
                                        IV.            Geometri
                                          V.            Teori Archimedes
                                        VI.            Sudut segitiga
Penulisan
Buku beliau Qanun Al Mas’udi merupakan teks astronomi yang paling menyeluruh pada zamannya dan digunakan untuk beberapa abad selepasnye.
·         Hasil kerja lain:
-          Kajian kritis tentang bahasa orang India apakah menerima dengan alasan atau menolak (sebuah ringkasan tentang agama dan filosofi India)
-          Hasil tinggalan dari Abad Lampau (kajian kompratif tentang calendar dari berbagai budaya dan peradaban yang berbeza, dihubungkan dengan maklumat matematik,astronomi,dan sejarah.
-          Peraturan Mas’udi (sebuah buku tentang Astronomi, Geografi dan Keahlian Teknik. Buku ini diberi nama Mas’ud, sebagai dedikasinya kepada Mas’ud putra Mahmud dari Ghazni.
-          Pengertian Astrologi (pertanyaan dan jawaban model buku tentang matematik dan astronomi,dalam bahasa Arab dan bahasa Persia
-          Farmasi (tentang ubat dan ilmu kedoktoran)
-          Permata ( tentang geologi, mineral dan permata dipersembahkan untuk Mawdud putra Mas’ud.


No comments:

Post a Comment