Wednesday, 23 July 2014

Sumbangan Tamadun Islam dalam Kejuruteraan

Pendahuluan


Kejuruteraan  adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.

    Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.Kejuruteraan dalam Islam adalah penggunaan teknik tertentu bagi membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.





Kesenian Islam


Sifat tabi’I alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’I dari Allah yang amat berharga.

Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan,muzik,drama,lukisan dan ukiran.Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia,tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran,kemahiran,imaginasi dan perbuatan manusia.Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus,indah,baik,berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang Seni

Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan.Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini.Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadaun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain.Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan (al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam,pakailah perhiasan kamu ketika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.”   (Al-A’raf :31-32)

Prinsip Seni Islam


Ø  Ia Haruslah Memartabatkan Akhlak Islam
Seni kata yang baik dan didengankan dengan suara yang sederhana dan di tempat yang dibenarkan.Seni itu mestilah yang bukan dapat meruntuhkan akhlak seperti nyanyian yang menjerit-jerit dengan pakaian yang terdedah dan menjolok mata serta seni kata yang lucah.


Ø  Meningkatkan Nilai Kemanusiaan
Jika seni persembahan itu merosakkan akal seperti adanya arak dan mabuk,maka pada masa itu ia telah meruntuhkan nilai kemanusiaan, kerana orang yang hilang akal itu perangainya seperti binatang. Seni bina jelas mengangkat darjat manusia dan kemanusiaan kerana manusia menggunakan akal untuk berfikir sehingga dapat mereka cipta bentuk-bentuk bangunan yang berbagai-bagai,indah,menarik dan canggih.


Ø  Seni Islam Berdasarkan Wahyu.
Seni itu mestilah kehendak wahyu.Islam membenarkan ahli seni memahatkan bentuk-bentuk yang tidak bernyawa seperti rumah,padang,gunung-ganang,tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi. Yang dilarang dalam Islam ialam ialah memahat benda-benda bernyawa seperti manusia dan binatang kerana ukiran itu dapat menjadi patung berhala apabila dipuji.


Ø  Kesenian Islam Menghubungkan Manusia Dengan PenciptaNya
Kecantikan dan keindahan yang ada pada sesuatu benda itu ialah ciptaan Allah kerana Allah itu lebih seni daripada segala-galanya.Orang yang merdu suaranya adalah kurniaan Allah SWT dan dia mestilah bersyukur di atas pemberian Tuhannya.

No comments:

Post a Comment