Wednesday, 23 July 2014

Bidang Seni Dalam Islam

BIDANG SENI DALAM ISLAM



      1)      SENI  KHAT ( KALIGRAFI )


-          Seni khat ialah seni bentuk tulisan jawi/arab (calligraphy)
-          Dalam islam tulisan alquran atau arab boleh ditulis dengan berbagai-bagai bentuk yang menarik.

             Jenis-jenis khat yang asli dan masyhur :

a)      Khat kufi

-          Bentuk awal khat kufi telah sedia ada semenjak sebelum islam lagi
        dengan bentuk hurufnya yang bersegi atau murabba’.
-          Khat ini mula digunakan secara meluas ketika ibu kota pemerintahan
       dipindahkan dari madinah ke kufah pada zaman pemerintahan khalifah
       ali bin abi talib.


b)      Khat thulus

-   Khat thulus kebanyakannya digunakan untuk hiasan seperti mashaf
   al-uthmani, nama buku atau kitab dan lain-lain.
 Diperindahkan oleh ahli kaligrafi arab yang masyhur bernama
   al-wazir Abu Muhammad bin Muqalah, dan saudaranya Abu Abdullah bin Hassan.
- Kedua-duanya telah mencipta kaedah, teknik penulisan, jarak
  huruf, gaya dan iramanya yang begitu rapi dan terperinci.

c)      Khat farisi
-       Banyak digunakan untuk penulisan buku-buku kesusasteraan,
     nama dan tajuk-tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
-      Digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan india 
     sehinggakan tulisan urdu lazimnya ditulis dengan khat farisi.
-      Sesuai dengan namanya, seni khat ini dikembangkan di Parsi.
-      Huruf-hurufnya condong sedikit ke kanan.

d)     Khat riq’ah

-      Dikenali dengan sebutan khat riq’I yang merupakan tulisan arab
     yang dapat ditulis dengan cepat.
-     Khat ini sering digunakan untuk tujuan surat-menyurat dan digunakan
    oleh pelajar university dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

e)      Khat diwani
                

-          Diwani bererti catatan atau antalogi karangan.
-          Didapati dari inspirasi model-model lain.
-          Sifatnya tersendiri.
-          Fungsi: untuk hiasan.
-          Khat ini berasal dan berkembang dari tulisan riq’ah menjadi tulisan
        Musalsal yang hurufnya berjalin.
-          Meningkat menjadi “khat sultaniyah” dan “khat hamayuni”.
-          Sangat luas penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan.

f)       Khat diwani jail

-          Khat ini rumit penulisannya tetapi indah dan estetik.
-          Model yang dipenuhi dengan tanda-tanda syakal ini sering digubah 
       dalam bentuk-bentuk yang indah dan menarik.
-          Seperti : bentuk perahu, ikan , burung dan sebagainya.

g)      Khat raihani

-          Khat ini hampir menyamai khat thulus.
-          Hurufnya lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

h)      Khat nasakh

-        Khat gaya ini jelas dan mudah dibaca sebab itu ia banyak digunakan untuk menulis buku-buku akademik terutamanya al-quran, al-hadith , tafsir dan fiqh.
-        Digunakan untuk tujuan hiasan.
-       Ia dikembangkan oleh 3 negara iaitu turki, iran dan india.


          2)      SENI BINA

Seni bina bermaksud bidang seni untuk membangunkan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia. Ibnu khaldun berpendapat seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang penting kerana ia merupakan lambang sesuatu bangsa. Alfred Fred Frazer pula berpendapat seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama dan tumpuannya ialah bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah kediaman. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW seni bina islam terus berkembang terutama di zaman khulafa’ melalui pembinaan masjid-masjid yang dihias dengan ayat-ayat al-quran yang dikuir indah.
Aspek dalam seni bina islam yang terpenting ialah pembinaan masjid. Ini kerana islam meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Dalam masa yang sama masjid menjadi lambang kekuatan akidah, kesatuan dan perpaduan umat islam. Pada masa dahulu, masjid menjadi pusat segala kegiatan sosio-ekonomi dan politik umat islam. Mengikut perkembangan zaman, masjid mula dihias dengan ukiran, seni khat dan seni warna mengikut latarbelakang masjid.
Kepentingan binaan masjid digambarkan dengan fakta-fakta jumlah masjid dibina disesebuah tempat. Khalifah umar bin al-khattab pernah membina 40 buah masjid. Pada zaman Bani ummaiyah terdapat lebih kurang 24 buah masjid di Damsyik. Pada abad ke 15, terdapat 88 buah masjid jamek dan 19 buah masjid kecil di Kaherah. Antara perkara penting yang diberi perhatian dalam pembinaan masjid ialah lokasi mimbar, arah kiblat, tempat imam sembahyang, ruang berkumpul, menara tempat azan dilaungkan, kubah dan lain-lain.
Pada zaman kerajaan islam di sepanyol (andalus) khususnya yang berkembang di bandar Cordova, Granada dan Toledo, unsur-unsur seni bina islam amat terserlah pada bangunan dan istana.
Umat islam tidak memberi perhatian terhadap seni pahat dengan gambar berlembaga atau arca kerana seni ini mempunyai ciri persamaan dengan menyembah berhala.


No comments:

Post a Comment