JABIR
IBN HAYYAN (705-803 Masihi)
Pengenalan
Beliau
ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan
dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq.
Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khlifah
Haru Al Rasyid dan digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa
Kimia.
Bidang
kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad
ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan
yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut
doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”.
Sumbangan
Jabir
Ibn Hayyan telah menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair
pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris.
Beliau
juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua. Idea
eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia
terutama pada bahan logam, dan penghuraian bahan kimia.
Beliau
mengemukakan kaedah percubaan sains. Antaranya kaedah sejatan, penyulingan,
pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksid logam bakar, percantuman dan turunan.
Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain
Beliau
telah dapat menganalisa asid nitrik daan acetik yang tulin.
Penulisan
Jabir
cukup terkenal hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan
diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan
alkimia antaranya:
1.
Kitab Al-Kimya
Ø Kitab ini telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh orang Inggeris,
Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of
Alchemy.
2.
Kitab
Al-Sab’een
Ø Kitab ini telah diterjemahkan
oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan
beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Estern Mercury.
Ø Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih
bahasa karya Jabir yang lain dengan judul “Sum of Perfection”. Berbeza
dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah orang yang pertama kali menyebut
Jabir sebagai Geber dan memuji ilmuan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli
falsafah. Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama
beberapa abad dan telah memberi impak yang besar kepada evolusi ilmu kimia
moden.
AL
JAHIZ (164-255H / 780-868M)
Pengenalan
Beliau
ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang
besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq.
Al-Jahiz
ialah ahli zoologi Isalm yang pertama. Pada awal zaman peloporan sains zoologi
dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui kesan alam sekitar terhadap kehidupan
haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.
Diriwayatkan
beliau telah menghasilakn 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti
biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan
dan geografi.
Dalam
bidang botani beliau telah menulis buku “ Al Zar’u wa al Nakhl” dan “Al
Ma’adin”. Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya
juga menyentuh masalah tanah dan serangga.
Beliau
telah mengkaji lebih 350 jenis haiwan dan telah membahagikan haiwan kepada
jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula
kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang
buas, liar dan serangga.
Beliau
merupakan penulis buku “The Book of Animals” atau kitab al Haiwan (Buku
Tentang Haiwan). Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, perasingan
antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar.
Satu
lagi karya beliau ialah “Al Qaul fi al Baghal” yang membicarakan tentang
asal keldai, sifat dan kehidupannya.
IBN
AL-BAITAR
Pengenalan
Beliau
ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli
botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.
Beliau
lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali
Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu
botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati.
Sumbangan
dan Penulisan
Sumbangan
utama In Baitar ialah Kitab “al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada” yang
merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan
perubatan.
Beliau
telah menyusun sebuah buku yang meyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses
daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
Karyanya
“al-Mughni fi al-Mufradah” paling berpengaruh di bidang farmakologi.
Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.
Pada
tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja
mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai
benua Afrika. Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara
beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari
ini. Bagaimanapun anata tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah
Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia.
No comments:
Post a Comment