Wednesday, 23 July 2014

Tokoh Dan Kepakaran

TOKOH DAN KEPAKARAN


AL KHAWARIZMI (TOKOH MATEMATIK TERULUNG)


Pengenalan

Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Dilahirkan di Khawarizm (sekarang Chiva), Uzbekistan sekitar tahun 780 Hijrah. Beliau dikenali dibarat dengan nama Algorizm,Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena nama tempat kelahirannya di khawarizm. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra dan digelar “Bapa Algebra”. Malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau iaitu Al-Jabr wal-Muqabilah.

Sumbangan


·         Sumbangan al-Khawarizmi mula menyerlah di bawah Khalifah Al-Ma’mum di Baghdad pada 813 hingga 833 Hijrah dan beliau amat terkenal dalam bidang Ilmu Matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

·         Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab  membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan dimana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan  bagi yang tidak diketahui  ( x2 + 2x -8 = 0) . kejayaan itu akhirnya menjadikan pengasas algebra.


·         Turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu system angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan
dan dengan itu , keseluruhan sistem nombor angka , algorithm atau algorism memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

·         Beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (SINE) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangan.

·         Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna iaitu bertanggungjawab mencipta safihah sebagai penyempurnaan kepada alat astrolabe yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

·         Dalam ilmu geografi, beliau merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masehi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanta yang lain turut meliputi kerja-kerja asal yang berkaitan dengan jam dengan bayangan matahari serta kaji bintang.


Penulisan

Hasil karya al-Khawarizmi :

1.      Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr Wal-Muqabalah
(Buku Matematik yang ditulis pada  tahun 830Hijrah. Buku tersebut merangkum definisi aljabar dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul Liber algebrae et almucabala oleh Robert of Chester)

2.      Buku Zij al-Sindhind (“jadual astronomi”)
(karya yang terdiri dari 37 simbol pada pengiraan kalendar astronomi dan 116 jadual calendar astronomi dan data astrologi sebaik data yang diakui sekarang. )

3.      Risalah fi Istikhraj Tarikh al-Yahud (“Petunjuk Kalendar Yahudi”)
(Tentang kalendar Yahudi yang menerangkan 19 tahun siklus interkalasi, hokum yang mengatur pada hari apa dari suatu minggu bulan Tishri dimulai memperhitungkan perbualan antara Era Yahudi dan Era Seleucid.)

  
AL-KINDI

Pengenalan

Beliau ialah Abu Yusuf Ya’aqub Bin Ishak al-Kindi. Dilahirkan di kufah sekitar tahun 800 Masehi. Dalam bahasa Latin, al-Kindi dikenali sebagai Alkindus.

Sumbangan

·         Al-Kindi sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik. Beliau memberi sumbangan terhadap bidang geometri sfera untuk membantunya dalam pengajian astronomi.



·         Dalam bidang kimia, beliau  mencadangkan idea bahawa logam asas boleh ditukarkan menjadi logam yang berharga.

·         Dalam bidang fizik , beliau menulis buku dalam bidang optic geometrikal  juga membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi.

·         Dalam bidang perubatan pula, beliau orang yang pertama menentukan secara sistematik dos untuk menghasilkan ubat.

Penulisan

Hasil karya al-Kindi :

1.      Seorang penulis yang produktif. Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang . Antaranya  :

·         Bidang Astronomi (16buah)
·         Aritmetik  (11 buah)
·         Geometri  (32 buah)
·         Perubatan (22 buah)
·         Fizik (12 buah)
·         Falsafah (22 buah)
·         Logia (9 buah)
·         Psikologi (5 buah)
·         Muzik (7 buah)

2.      Menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan di dalam bukunya yang berkenaan dengan kimia pewangi dan penyulingan.

3.      Dalam bahasa Latin, al Kindi dikenali sebagai al-Kindus. Diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gherard Of Cremona .
      

       AL-RAZI


Pengenalan

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi berbangsa Parsi. Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes . Beliau pernah digelar sebagai Rhazes. Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al Thabari, Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi,sastera dan kimia dan belajar ilmu falsafah.

Sumbangan

Al-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. Antara sumbangan terpenting beliau dalam kimia ialah :

i.          Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh- tumbuhan dan haiwan dan membahagikan zat-zat kimia kepada 3 bahagian iaitu tumbuhan, haiwan dan mineral (geologi)
ii.         Memberikan penerangan yang lebih teliti daripada Jabir tentang proses pemejalwapan, penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan. Antaranya :

i.          Orang yang pertama menemui penyakit campak dan cacar dan berusaha mengubati penyakit tersebut serta orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematik mengenai penyakit tersebut.
ii.         Menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh kepada  psikologi terhadap kesihatan.
iii.       Orang yang pertamamenggunakan opium  (dadah) untuk tujuan bius.

Penulisan

Mengarang buku lebih kurang 200 jilid dan yang paling terkenal ialah Al-Hawi yang telah diterjemahkan dan diterbitkan berabad-abad sehingga ke tahun 1486M. Al-Razi menghasilkan “Kitab al-Asrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian.


No comments:

Post a Comment