Wednesday, 23 July 2014

Tokoh Dan Kepakaran

IBN  NAFIS

Pengenalan
Nama beliau Ala-al-Din Ibn Nafis. Gelaran beliau Bapa Perubatan. Wafat di Kaherah.
Beliau adalah seorang Doktor dan Pakar Bedah dari Syria. Seorang Cendikiawan Islam dalam Perubatan Moden, juga dikenali atas kajiannya dalam ilmu Logik(Mantiq),Falsafah,
Bahasa,Ilmu Bayan,al-Hadith dan Usul Fiqh.

 Sumbangan
·       Penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru.Menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan.

Penulisan
·         Kitab ‘Al-Shamil Fi’l-Sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Menyeluruh Bagi Seni Perubatan).
·         Kitab ‘al-Mukhtar fi al-Aghdiyah’(Menjelaskan tentang efek diet bagi kesihatan).
·         Kitab ‘Al-Shamil fi al-Tibb’(adalah sebuah ensiklopedia tapi terhenti kerana al-nafis wafat).

IBN BATUTAH

Pengenalan
Nama beliau Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati. Beliau berketurunan Libya. Beliau lahir di Tanja dan Wafat di Marakas, Moroko.Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah Negara-negara Asia,Afrika dan Timur Eropah. Pernah dilantik menjadi kadhi di Delhi India. Menetap di Pas Maghribi bagi mentafsir hasil pengembaraannya. Penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur.

Sumbangan dan Penulisan
      Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar  wa  Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.


ABU ABDULLAH AL-BATTANI

Pengenalan
Nama beliau Albategnius. Terkenal dalam bidang matematik dan astronomi.

Sumbangan
·         Memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat. Menetapkan tahun syamsiah. Memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen.

Penulisan
·        Buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa latin pada abad ke-12 dibawah tajuk De scienta stellerum-De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

Tokoh Dan Kepakaran

AL-ZAHRAWI/ ABULCASIS (936-1013M)

Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al Zahrawi. Beliau dikenali juga dengan Abul Casis dalam penulisan Barat dan dianngap sebagai bapa Bedah Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra,Cordova, ibu negeri Sepanyol.
Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa PembedahanModen”. Selain daripada bidang pembedahan,beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini.

Sumbangan
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al- Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenal pasti bahagian dalaman badan seperti  telinga dan saluran air kencing. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.
Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilakasis), meningkatkan kesihatan dan  mengurangkan kesakitan.


Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos,teknik dan alat penyedian ubat.
Al-Zahrawi juaga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam bukunya membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

IBN HAITHAM (965-140M)


Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham. Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen. Ibn Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden.
Sumbangan
Ibn Haitham menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, baying-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya. Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,falak,matematik,geometri perubatan dan falsafah.
Di dalam bidang fizik, beliau telah mengkaji tentang gerakan yang tekah membawa beliau menemui prinsip inersia dan static. Beliau juga telah mengasas dan menjadikan optic satu bidang sains yang baru.
Ibn Haitham juga mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabola dan mendapati bahawa dalam cermin parabola dan mendapati bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya tertumpu pada satu titik. Beliau menggunakan mesin larik untuk membuat cermin, kanta cembung dan kata cekung untuk penyelidikan.
Ibn Haitham menggunakan segi empat halaju pada permukaan biasa. Selain itu beliau menyatakan terdapat kesan atmosfera dalam membiaskan cahay dari cakerawala. Beliau juga mengkaji tentang fisiologi dan penyakit mata,beliau merumuskan bahawa mata bertindak sebagai kanta.

Penulisan
Ibn Haitham menghasilkan kitab “al-Manazir yang mengemukan konseo momentum dan istikah ‘Quwwat Al Harakah’ dalam membincangkan momentum.


AL-BIRUNI (973-1048M)




Pengenalan
Tokoh ini hidup sezaman dengan Ibn Haitham. Nama asalnya ialah Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Bruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973M) di Birun, ibu Negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan.
·         Abu Raihan Al-Biruni (juga,Biruni, Al Biruni) (15 September 973 – 12 Disember 1048) meupakan Ahli sarjana, penulis ensiklopedia, Ahli Falsafah, pengembara, sejarawan, ahli farmasi dan guru, yang banyak menyumbang kepada bidang matematik,falsafah dan perubatan.
·         Abu Raihan Al-Biruni dilahirkan di Khawarazm di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam kekuasaan Persia. Dia belajar matematik, dan pengkajian bintang dari Abu Nashr Mansur.
·         Abu Raihan Al-Biruni meruoakan kawan kepada Ahli Falsafah dan ahli Perubatan Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina/Ibnu Sina, sejarawan, ahli dan pusat sains yang didirikan oleh putera Abu Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni. Dia juga mengetahui bahasa Yunani,bahasa Suriah, dan bahasa Berber. Dia menulis bukunya dalam bahsa Persia ( bahasa ibunya) dan bahasa Arab.


Sumbangan
Ketika hidupnya al-Biruni banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik manafaatnya dapat kita kecapi hari ini. Selain menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi yang agung dan ahli matematik yang pintar. Di dalam mekanik bendalir, beliau membincangkan tentang tekanan, keseimbangan bendalir dan penesaran ke atas air pada mata air.

·         Ketika berusia 17 tahun, dia meneliti garis lintang bagi Kath, Khawarazm, dengan menggunakan alititude maksima matahari
·         Ketila berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian proyeksi peta,”Kartografi”,yang termasuk metodologi untuk membuat proyeksi belahan bumi pada bidang datar.
·         Ketika dia berusia 27, dia telah menulis buku berjudul “Kronologi” yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku tentang astrolabe,sebuah pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.
·         Beliau membuat penelitian radius Bumi kepada 6.339,6 kilometer (hasil ini diulan di Barat pada ke 16)
·         Sumbangannya kepada matematik termasuk :
                                            I.            Artimatik,teori dan praktikal
                                          II.            Teori perbezaan
                                        III.            Definisi aljabar
                                        IV.            Geometri
                                          V.            Teori Archimedes
                                        VI.            Sudut segitiga
Penulisan
Buku beliau Qanun Al Mas’udi merupakan teks astronomi yang paling menyeluruh pada zamannya dan digunakan untuk beberapa abad selepasnye.
·         Hasil kerja lain:
-          Kajian kritis tentang bahasa orang India apakah menerima dengan alasan atau menolak (sebuah ringkasan tentang agama dan filosofi India)
-          Hasil tinggalan dari Abad Lampau (kajian kompratif tentang calendar dari berbagai budaya dan peradaban yang berbeza, dihubungkan dengan maklumat matematik,astronomi,dan sejarah.
-          Peraturan Mas’udi (sebuah buku tentang Astronomi, Geografi dan Keahlian Teknik. Buku ini diberi nama Mas’ud, sebagai dedikasinya kepada Mas’ud putra Mahmud dari Ghazni.
-          Pengertian Astrologi (pertanyaan dan jawaban model buku tentang matematik dan astronomi,dalam bahasa Arab dan bahasa Persia
-          Farmasi (tentang ubat dan ilmu kedoktoran)
-          Permata ( tentang geologi, mineral dan permata dipersembahkan untuk Mawdud putra Mas’ud.


Tokoh Dan Kepakaran

TOKOH DAN KEPAKARAN


AL KHAWARIZMI (TOKOH MATEMATIK TERULUNG)


Pengenalan

Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Dilahirkan di Khawarizm (sekarang Chiva), Uzbekistan sekitar tahun 780 Hijrah. Beliau dikenali dibarat dengan nama Algorizm,Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena nama tempat kelahirannya di khawarizm. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra dan digelar “Bapa Algebra”. Malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau iaitu Al-Jabr wal-Muqabilah.

Sumbangan


·         Sumbangan al-Khawarizmi mula menyerlah di bawah Khalifah Al-Ma’mum di Baghdad pada 813 hingga 833 Hijrah dan beliau amat terkenal dalam bidang Ilmu Matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

·         Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab  membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan dimana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan  bagi yang tidak diketahui  ( x2 + 2x -8 = 0) . kejayaan itu akhirnya menjadikan pengasas algebra.


·         Turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu system angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan
dan dengan itu , keseluruhan sistem nombor angka , algorithm atau algorism memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

·         Beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (SINE) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangan.

·         Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna iaitu bertanggungjawab mencipta safihah sebagai penyempurnaan kepada alat astrolabe yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

·         Dalam ilmu geografi, beliau merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masehi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanta yang lain turut meliputi kerja-kerja asal yang berkaitan dengan jam dengan bayangan matahari serta kaji bintang.


Penulisan

Hasil karya al-Khawarizmi :

1.      Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr Wal-Muqabalah
(Buku Matematik yang ditulis pada  tahun 830Hijrah. Buku tersebut merangkum definisi aljabar dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul Liber algebrae et almucabala oleh Robert of Chester)

2.      Buku Zij al-Sindhind (“jadual astronomi”)
(karya yang terdiri dari 37 simbol pada pengiraan kalendar astronomi dan 116 jadual calendar astronomi dan data astrologi sebaik data yang diakui sekarang. )

3.      Risalah fi Istikhraj Tarikh al-Yahud (“Petunjuk Kalendar Yahudi”)
(Tentang kalendar Yahudi yang menerangkan 19 tahun siklus interkalasi, hokum yang mengatur pada hari apa dari suatu minggu bulan Tishri dimulai memperhitungkan perbualan antara Era Yahudi dan Era Seleucid.)

  
AL-KINDI

Pengenalan

Beliau ialah Abu Yusuf Ya’aqub Bin Ishak al-Kindi. Dilahirkan di kufah sekitar tahun 800 Masehi. Dalam bahasa Latin, al-Kindi dikenali sebagai Alkindus.

Sumbangan

·         Al-Kindi sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik. Beliau memberi sumbangan terhadap bidang geometri sfera untuk membantunya dalam pengajian astronomi.



·         Dalam bidang kimia, beliau  mencadangkan idea bahawa logam asas boleh ditukarkan menjadi logam yang berharga.

·         Dalam bidang fizik , beliau menulis buku dalam bidang optic geometrikal  juga membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi.

·         Dalam bidang perubatan pula, beliau orang yang pertama menentukan secara sistematik dos untuk menghasilkan ubat.

Penulisan

Hasil karya al-Kindi :

1.      Seorang penulis yang produktif. Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang . Antaranya  :

·         Bidang Astronomi (16buah)
·         Aritmetik  (11 buah)
·         Geometri  (32 buah)
·         Perubatan (22 buah)
·         Fizik (12 buah)
·         Falsafah (22 buah)
·         Logia (9 buah)
·         Psikologi (5 buah)
·         Muzik (7 buah)

2.      Menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan di dalam bukunya yang berkenaan dengan kimia pewangi dan penyulingan.

3.      Dalam bahasa Latin, al Kindi dikenali sebagai al-Kindus. Diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gherard Of Cremona .
      

       AL-RAZI


Pengenalan

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi berbangsa Parsi. Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes . Beliau pernah digelar sebagai Rhazes. Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al Thabari, Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi,sastera dan kimia dan belajar ilmu falsafah.

Sumbangan

Al-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. Antara sumbangan terpenting beliau dalam kimia ialah :

i.          Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh- tumbuhan dan haiwan dan membahagikan zat-zat kimia kepada 3 bahagian iaitu tumbuhan, haiwan dan mineral (geologi)
ii.         Memberikan penerangan yang lebih teliti daripada Jabir tentang proses pemejalwapan, penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan. Antaranya :

i.          Orang yang pertama menemui penyakit campak dan cacar dan berusaha mengubati penyakit tersebut serta orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematik mengenai penyakit tersebut.
ii.         Menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh kepada  psikologi terhadap kesihatan.
iii.       Orang yang pertamamenggunakan opium  (dadah) untuk tujuan bius.

Penulisan

Mengarang buku lebih kurang 200 jilid dan yang paling terkenal ialah Al-Hawi yang telah diterjemahkan dan diterbitkan berabad-abad sehingga ke tahun 1486M. Al-Razi menghasilkan “Kitab al-Asrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian.


Tokoh Dan Kepakaran

JABIR IBN HAYYAN (705-803 Masihi)

Pengenalan
Beliau ialah Abu Musa Al Asadi  Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khlifah Haru Al Rasyid dan digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa Kimia.
Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”.

Sumbangan
Jabir Ibn Hayyan telah menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris.
Beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, dan penghuraian bahan kimia.
Beliau mengemukakan kaedah percubaan sains. Antaranya kaedah sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksid logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain
Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik daan acetik yang tulin.


Penulisan
Jabir cukup terkenal hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia antaranya:

1.      Kitab Al-Kimya

Ø  Kitab ini telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.

2.      Kitab Al-Sab’een

Ø  Kitab ini telah diterjemahkan  oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Estern Mercury.

Ø  Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasa karya Jabir yang lain dengan judul “Sum of Perfection”. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah orang yang pertama kali menyebut Jabir sebagai Geber dan memuji ilmuan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah. Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad dan telah memberi impak yang besar kepada evolusi ilmu kimia moden.



AL JAHIZ (164-255H / 780-868M)

Pengenalan
Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq.
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Isalm yang pertama. Pada awal zaman peloporan sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.

Sumbangan dan Penulisan


Diriwayatkan beliau telah menghasilakn 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.
Dalam bidang botani beliau telah menulis buku “ Al Zar’u wa al Nakhl” dan “Al Ma’adin”. Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan serangga.
Beliau telah mengkaji lebih 350 jenis haiwan dan telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga.
Beliau merupakan penulis buku “The Book of Animals” atau kitab al Haiwan (Buku Tentang Haiwan). Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, perasingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar.
Satu lagi karya beliau ialah “Al Qaul fi al Baghal” yang membicarakan tentang asal keldai, sifat dan kehidupannya.



IBN AL-BAITAR

Pengenalan
Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.
Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati.

Sumbangan dan Penulisan

Sumbangan utama In Baitar ialah Kitab “al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada” yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan.
Beliau telah menyusun sebuah buku yang meyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
Karyanya “al-Mughni fi al-Mufradah” paling berpengaruh di bidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.
Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika. Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini. Bagaimanapun anata tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia.



Bidang Seni Dalam Islam

BIDANG SENI DALAM ISLAM



      1)      SENI  KHAT ( KALIGRAFI )


-          Seni khat ialah seni bentuk tulisan jawi/arab (calligraphy)
-          Dalam islam tulisan alquran atau arab boleh ditulis dengan berbagai-bagai bentuk yang menarik.

             Jenis-jenis khat yang asli dan masyhur :

a)      Khat kufi

-          Bentuk awal khat kufi telah sedia ada semenjak sebelum islam lagi
        dengan bentuk hurufnya yang bersegi atau murabba’.
-          Khat ini mula digunakan secara meluas ketika ibu kota pemerintahan
       dipindahkan dari madinah ke kufah pada zaman pemerintahan khalifah
       ali bin abi talib.


b)      Khat thulus

-   Khat thulus kebanyakannya digunakan untuk hiasan seperti mashaf
   al-uthmani, nama buku atau kitab dan lain-lain.
 Diperindahkan oleh ahli kaligrafi arab yang masyhur bernama
   al-wazir Abu Muhammad bin Muqalah, dan saudaranya Abu Abdullah bin Hassan.
- Kedua-duanya telah mencipta kaedah, teknik penulisan, jarak
  huruf, gaya dan iramanya yang begitu rapi dan terperinci.

c)      Khat farisi
-       Banyak digunakan untuk penulisan buku-buku kesusasteraan,
     nama dan tajuk-tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
-      Digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan india 
     sehinggakan tulisan urdu lazimnya ditulis dengan khat farisi.
-      Sesuai dengan namanya, seni khat ini dikembangkan di Parsi.
-      Huruf-hurufnya condong sedikit ke kanan.

d)     Khat riq’ah

-      Dikenali dengan sebutan khat riq’I yang merupakan tulisan arab
     yang dapat ditulis dengan cepat.
-     Khat ini sering digunakan untuk tujuan surat-menyurat dan digunakan
    oleh pelajar university dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

e)      Khat diwani
                

-          Diwani bererti catatan atau antalogi karangan.
-          Didapati dari inspirasi model-model lain.
-          Sifatnya tersendiri.
-          Fungsi: untuk hiasan.
-          Khat ini berasal dan berkembang dari tulisan riq’ah menjadi tulisan
        Musalsal yang hurufnya berjalin.
-          Meningkat menjadi “khat sultaniyah” dan “khat hamayuni”.
-          Sangat luas penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan.

f)       Khat diwani jail

-          Khat ini rumit penulisannya tetapi indah dan estetik.
-          Model yang dipenuhi dengan tanda-tanda syakal ini sering digubah 
       dalam bentuk-bentuk yang indah dan menarik.
-          Seperti : bentuk perahu, ikan , burung dan sebagainya.

g)      Khat raihani

-          Khat ini hampir menyamai khat thulus.
-          Hurufnya lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

h)      Khat nasakh

-        Khat gaya ini jelas dan mudah dibaca sebab itu ia banyak digunakan untuk menulis buku-buku akademik terutamanya al-quran, al-hadith , tafsir dan fiqh.
-        Digunakan untuk tujuan hiasan.
-       Ia dikembangkan oleh 3 negara iaitu turki, iran dan india.


          2)      SENI BINA

Seni bina bermaksud bidang seni untuk membangunkan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia. Ibnu khaldun berpendapat seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang penting kerana ia merupakan lambang sesuatu bangsa. Alfred Fred Frazer pula berpendapat seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama dan tumpuannya ialah bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah kediaman. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW seni bina islam terus berkembang terutama di zaman khulafa’ melalui pembinaan masjid-masjid yang dihias dengan ayat-ayat al-quran yang dikuir indah.
Aspek dalam seni bina islam yang terpenting ialah pembinaan masjid. Ini kerana islam meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Dalam masa yang sama masjid menjadi lambang kekuatan akidah, kesatuan dan perpaduan umat islam. Pada masa dahulu, masjid menjadi pusat segala kegiatan sosio-ekonomi dan politik umat islam. Mengikut perkembangan zaman, masjid mula dihias dengan ukiran, seni khat dan seni warna mengikut latarbelakang masjid.
Kepentingan binaan masjid digambarkan dengan fakta-fakta jumlah masjid dibina disesebuah tempat. Khalifah umar bin al-khattab pernah membina 40 buah masjid. Pada zaman Bani ummaiyah terdapat lebih kurang 24 buah masjid di Damsyik. Pada abad ke 15, terdapat 88 buah masjid jamek dan 19 buah masjid kecil di Kaherah. Antara perkara penting yang diberi perhatian dalam pembinaan masjid ialah lokasi mimbar, arah kiblat, tempat imam sembahyang, ruang berkumpul, menara tempat azan dilaungkan, kubah dan lain-lain.
Pada zaman kerajaan islam di sepanyol (andalus) khususnya yang berkembang di bandar Cordova, Granada dan Toledo, unsur-unsur seni bina islam amat terserlah pada bangunan dan istana.
Umat islam tidak memberi perhatian terhadap seni pahat dengan gambar berlembaga atau arca kerana seni ini mempunyai ciri persamaan dengan menyembah berhala.